Selasa, 7 Mac 2017

Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 MAC 2017
 Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik
Jadual padat bukan alasan tidak beri aksi terbaik Pemain Harimau Selatan menjalani latihan menjelang aksi menentang Magwe hari ini. - Foto: JOHOR Southern Tigers.
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor tidak mahu menjadikan jadual padat sebagai alasan untuknya tidak bersedia bagi menghadapi saingan Piala AFC menentang Magwe FC hari ini.

Katanya, matlamat paling utama adalah untuk memberikan aksi yang terbaik di atas padang.

"Saya akan memberikan 100 peratus fokus dan komitmen saya sekiranya diberi peluang beraksi menentang Magwe FC.


"Di atas padang, saya akan tumpukan perhatian untuk mengawal bola dengan tenang dan berusaha membantu pasukan memperolehi kemenangan," katanya dipetik melalui laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Dalam aksi pertama 21 Februari lalu, JDT  memungut tiga mata apabila mudah menumpaskan kelab dari Kemboja, Beoungket Angkor 3-0.


Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 5 MAC 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan