ARKIB : 07/08/2001
JOHOR FC mengekalkan kedudukan
di tangga teratas bola sepak Liga Perdana Dua, selepas menang 3-2 ke atas Polis
di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, semalam.
Begitupun, Johor FC berkongsi
41 mata dengan Sabah yang merakam kemenangan 3-1 ke atas Kedah di Stadium
Darulaman, Alor Setar.
Johor FC terus berada di tangga
teratas berdasarkan kelebihan jaringan walaupun Sabah kurang satu perlawanan.
Brunei menang 3-2 ke atas JKR
Kelantan di Stadium Hassanal Bolkiah manakala di Stadium KLFA, Cheras, JKR
Kedah menang 1-0 ke atas Tentera.
Telekom Melaka mengatasi NS
Chempaka 2-1 di Stadium Kubu manakala TNB Kelantan mengatasi KL Malay Mail 3-2
di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bi1FCR2S
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan