Jumaat, 17 Mac 2017

Johor FC terus cemerlang

ARKIB : 28/04/2001
SENTUHAN kemenangan pendahulu bola sepak Liga Perdana Dua, Johor FC berterusan apabila menundukkan TNB Kelantan 2-0 di Stadium Pasir Gudang.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Sheikh Ahmad Redzuan pada minit ke-28 dan Eddy Helmi Abd. Manan minit ke-57.

Pasukan di tangga kedua, Sabah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Brunei di Bandar Seri Begawan. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Fadlin Gelawat pada minit ke-55.

Sementara itu, JKR Kedah mencatatkan kemenangan pertama dengan menundukkan KL Malay Mail 5-2 di Stadium Darul Aman. Zulkepsli Salleh menjaringkan dua gol untuk JKR Kedah pada minit ke-54 dan 67 sementara tiga lagi gol diperoleh menerusi Mohd. Shahril Dahlan pada minit ke-45, B. Ponnambalam minit ke-83 dan Mat Zahir Wahab minit ke-89.

KL Malay Mail membalas menerusi S. Tangar pada minit ke-29 dan Mohd. Sham Mohd. Nor minit ke-53.

Di Paroi, NS Chempaka seri 1-1 dengan Tentera. Jaringan tuan rumah disumbangkan oleh Ahmad Shukri pada minit ke-84 sebelum Tentera mambalas melalui Eddy Effendy Yahya pada minit ke-87.

JKR Kelantan yang bermain dengan sembilan orang turut seri 1-1 dengan Polis di Kota Bharu. Polis mendahului menerusi Raja Azlan Shah pada minit ke-45 tetapi Adnan Musa menyamakan kedudukan untuk JKR Kelantan pada minit ke-66.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kedah menewaskan Telekom Melaka 4-1. Telekom Melaka mendahului pada minit ke-37 melalui jaringan Shaherul Ardan Adenan sebelum Kedah bangkit seminit kemudian menerusi jaringan penyamaan Cheah Kean Seng.

Tiga lagi gol Kedah dijaringkan oleh Norul Ahyat Elias pada minit ke-55, Mohd. Fakhzan Salleh minit ke-65 dan Mohd. Rafdi Abdul Rashid minit ke-75.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4baVYXWFb © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan