ARKIB : 08/05/2001
JOHOR FC terus gagah dengan
mengekalkan rekod tanpa kalah dalam bola sepak Liga Perdana Dua apabila
mencatat kemenangan 1-0 ke atas Polis pada perlawanan di Stadium Pasir Gudang,
semalam.
Sepakan penalti Hairy Azly
Mahamad pada minit ke-61 sudah cukup untuk pasukan selatan itu mengekalkan
jurang empat mata dengan pencabar terdekat, Sabah.
Ia adalah kemenangan ketujuh
Johor FC dengan 21 mata manakala Sabah mengutip 18 mata apabila turut merakam
kemenangan di Stadium Penampang.
Dua gol dalam tempoh tiga minit
oleh Shahrin Majid dan Zainizam Marjan memberi kemenangan 2-0 Sabah ke atas
Kedah.
Shahrin menyempurnakan sepakan
percuma selepas empat minit babak kedua bermula sebelum Zainizam menambah
jaringan tiga minit kemudian.
Jaringan tunggal bekas pemain
kebangsaan, Azmi Mohamed pada minit ke-30 cukup untuk NS Chempaka mengutip tiga
mata menewaskan Telekom Melaka 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Di Stadium KLFA, Cheras, KL
Malay Mail terus gagal mencari kemenangan kedua apabila tewas 1-0 kepada TNB
Kelantan manakala di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, JKR Kelantan mengatasi Brunei
2-0 menerusi jaringan Ahmad Faisal Othman minit ke-42 dan Chik Hishamuddin
Hassan (77).
Di Stadium Darulaman, hatrik
Zulkipli Salleh pada minit ke-15, 18 dan 62 membantu JKR Kedah menang 4-2 ke
atas Tentera. Satu gol lagi dijaringkan oleh Shahizan Hashim (31) manakala dua
gol Tentera dijaringkan oleh Mohd. Zahid Hashim (52) dan Kelvin Stephen Samuel
(57).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bavLRNpb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan