ARKIB : 03/05/2001
PENDAHULU bola sepak Liga
Perdana Dua, Johor FC gagal meneruskan rentak kemenangan untuk tujuh perlawanan
berturut-turut tetapi pasukan dari Selatan itu harus berpuas hati meraih satu
mata selepas seri 1-1 dengan KL Malay Mail di Stadium KLFA, Cheras, semalam.
Keputusan itu bagaimanapun
cukup melegakan Johor FC untuk terus melebarkan jurang mata di tangga teratas
dengan 19 mata selepas tujuh perlawanan, empat mata di depan Sabah di tangga
kedua.
Dalam perlawanan semalam, Johor
FC memperoleh gol pada minit ke-61 apabila pemain tengah Idris Karim bijak
menyempurnakan peluang. Setelah melihat penjaga gol KL Malay Mail, Mohd. Zaidi
Hanifa berada jauh ke depan kawasan golnya, Idris membuat sepakan lambung dari
jarak kira-kira 15 meter melepasi Mohd. Zaidi yang terus menerjah gawang.
Begitupun, kegembiraan pasukan
pelawat tidak lama apabila KL Malay Mail pantas menyamakan kedudukan pada minit
ke-65 melalui sepakan kencang ketua pasukan, Mohamad Shah Mohd. Nor dari jarak
kira-kira 15 meter yang gagal diselamatkan penjaga gol Johor FC, G.
Jeevananthan.
Johor FC terpaksa bermain
dengan 10 orang pada suku jam terakhir permainan, apabila Idris dilayangkan kad
merah oleh pengadil Jaflus Musa pada minit ke-77 kerana mengkasari pemain
lawan. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bakxqWhT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan