ARKIB : 24/07/2001
PENGUASAAN Johor FC di tangga
teratas kedudukan bola sepak Liga Perdana Dua terus kukuh biarpun seri 1-1
dengan Kedah di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.
Pencabar terdekat pasukan dari
selatan itu, Sabah menjinakkan Tentera 4-2 di Stadium Penampang tetapi masih
gagal memintas Johor FC yang memiliki kelebihan dua mata.
Johor FC mengutip keseluruhan
34 mata selepas 16 perlawanan, manakala Sabah 32 mata dengan kurang satu
perlawanan.
Pasukan Azlan Johar ketinggalan
menerusi jaringan pemainnya sendiri, Norhapiza Bashri minit ke-13 tetapi
Mustaza Maah Mustafa menyamakan kedudukan minit ke-84.
Di Stadium Penampang, dua gol
masing-masing hasil jaringan Henry Soimpon (2, 53) dan Suharmin Yusof (68, 86)
membolehkan skuad Borneo itu terus mengekori Johor FC dengan kemenangan 4-2 ke
atas Tentera.
Pasukan lawan membalas dengan
dua jaringan menerusi Md. Zain Roslan (15) dan Ahmad Nizam Ariffin (83).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, NS Chempaka bangkit daripada ketinggalan satu gol dengan menjaringkan
empat gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 4-1 ke atas Polis.
K. Balamurugan mengejutkan tuan
rumah dengan jaringan pembukaan seawal minit ketiga sebelum NS Chempaka
membalas empat gol jaringan R. Sekar (46), R. Manivarman (81), K. Nanthakumar
(83) dan Mohd. Ayob Alias (89).
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kota Bharu, JKR Kelantan sekadar mencatat seri 1-1 dengan KL Malay Mail.
Pasukan pelawat membuka
jaringan menerusi S. Sunder minit ke-74 sebelum Adnan Musa menyelamatkan tuan
rumah apabila menyamakan kedudukan minit ke-85.
Brunei kekal di tangga ketiga
biarpun seri 1-1 dengan Telekom Melaka di Stadium Kubu.
Rosli Hashim menceriakan tuan
rumah dengan jaringan pembukaan minit ke-81 tetapi Brunei menghampakan Telekom
Melaka dengan jaringan penyamaan Radiman Abdul Rahman minit ke-87.
Di Stadium Darulaman, Alor
Setar, JKR Kedah tumpas 3-1 kepada TNB Kelantan.
Pasukan tuan rumah membuka
jaringan minit keempat menerusi Rosli Azizan tetapi gagal mengekang asakan
pelawat yang mendapat tiga gol menerusi Norhim Abdullah (26), Tahrim Yusof (52)
dan Zakri Bidi (86).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bhcGNqXt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan