ARKIB : 10/02/2002
JOHOR FC, pasukan kelab yang
semakin garang, memimpin bola sepak Liga Perdana Satu buat kali pertama selepas
sekali lagi melakar kejutan dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Sarawak dalam
saingan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.
Kejayaan pasukan Azuan Zain itu
dibantu dengan kegagalan Selangor, Pahang dan Pulau Pinang mencipta kemenangan.
Jaringan Rezal Zambery Yahya
dan Eddy Helmi Abd. Manan pada minit ke-61 dan 82 memastikan Johor FC terus
cemerlang dalam kempen awal liga ini.
Selangor tewas 2-0 kepada
jaringan Khalid Jamlus minit ke-41 dan Norizam Ali Hassan (79) di Stadium Shah
Alam.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang
diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur. Jalaluddin Jaafar meletakkan pasukan tuan rumah
di depan minit ke-14 sebelum Nazreen Tee Abdullah menyamakan kedudukan minit
ke-70.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Terengganu melepas geram membelasah Pulau Pinang 5-0.
Hairuddin Omar menjaringkan dua
gol minit ke-10 dan 31 manakala tiga gol lagi dihasilkan oleh Zulharisam Awang
(58), Sapian Wahid (68) dan Mohd. Nafuzi Zain (87).
NS Chempaka turut mencipta
kemenangan dengan membenam Kelantan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Gol NS Chempaka disumbang oleh
S. Jayaprakash minit ke-32), pemain import El Hadji Adama Kone (50) dan R.
Sekar (77).
Di Stadium Hang Tuah, Perlis
menang 2-0 ke atas Melaka menerusi jaringan pemain import dari Brazil,
Adalberto de Souza (56) dan Zul Fakri Ashaari (87).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bs0ILish
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan