ARKIB : 04/08/2001
JOHOR FC kembali merampas
kedudukan pendahulu bola sepak Liga Perdana Dua selepas membelasah KL Malay
Mail 4-0 di Stadium Pasir Gudang, semalam.
Johor FC yang berkongsi 38 mata
dengan Sabah tetapi naik menerusi perbezaan gol, membuka jaringan pada minit
ke-32 menerusi Mustaza Maah Mustafa.
Tiga lagi gol tuan rumah
dijaringkan Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-63, Ahmad Norhapiza Bashri
(81) dan Junaidi A. Latip di minit terakhir permainan.
Keputusan lain: Sabah kln.
Telekom Melaka 2-1; NS Chempaka kln. Brunei 1-0; JKR Kelantan kln. Tentera 6-2;
JKR Kedah kln. Polis 1-0.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bhu9JM00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan