ARKIB : 14/08/2001
JOHOR FC terpaksa menunggu
sehingga Jumaat ini untuk menentukan sama ada kejuaraan bola sepak Liga Perdana
Dua menjadi miliknya, biarpun menang tipis 1-0 ke atas Brunei dalam aksi
terakhir liga di Bandar Seri Begawan, semalam.
Kemenangan 3-1 Sabah ke atas
JKR Kelantan di Likas memaksa kejuaraan liga ditentukan Jumaat ini, membabitkan
aksi Sabah menentang Kedah di Alor Setar.
Johor FC memiliki kelebihan
tiga mata di depan Sabah selepas tamat semua 22 perlawanan dengan keseluruhan
47 mata manakala Sabah 44 mata tetapi berbaki satu perlawanan.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun
sudah menempah tempat ke Piala Malaysia dan Perdana Satu musim depan.
NS Chempaka turut mengesahkan
tempat ke Piala Malaysia dan Perdana Satu selepas menang tipis 1-0 ke atas
Kedah di Alor Setar.
Dalam aksi di Stadium Hassanal
Bolkiah, Johor FC memperoleh jaringan tunggal menerusi Hairy Azli Mohamad minit
ke-81.
Di Stadium Likas, dua gol Sabah
dijaringkan Suharmin Yusof dan Henry Saimpon minit ke-22 dan Zainizam Marjan
minit ke-72 manakala gol JKR Kelantan oleh Zoolhisam Yunus minit ke-40.
Di Stadium Kubu, Telekom Melaka
berkongsi mata dengan JKR Kedah selepas perlawanan seri tanpa jaringan.
Di Stadium MPPJ, Kelana Jaya,
KL Malay Mail mencatat kemenangan kelima selepas menumpaskan Polis 4-2.
Gol-gol KL Malay Mail
dijaringkan S. Mathan (14), Mohd. Shah Mohd. Nor (37) dan S. Sangar (44, 83)
manakala gol Polis dihasilkan Azlan Ahmad (10) dan P. Prasad (25).
Di Stadium KLFA, Cheras,
Tentera menang 1-0 ke atas TNB Kelantan menerusi jaringan Mohd. Zain Hashim
minit ke-20.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bikswGeg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan