ARKIB : 07/04/2001
JOHOR FC merampas kedudukan
tangga teratas bola sepak Liga Perdana Dua selepas mencatat kemenangan 3-1 ke
atas NS Chempaka pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,
semalam.
Gol-gol pasukan pelawat
dijaringkan oleh Azni Ariffin pada minit ke-7, Idris Karim (21) dan Mohd. Noor
Shahris (23) manakala gol tunggal NS Chempaka dihasilkan K. Nanthakumar (89).
Pendahulu sebelum ini, Tentera
hanya mampu berkongsi satu mata selepas seri 0-0 dengan Kedah di Stadium KLFA,
Cheras.
Sabah menewaskan TNB Kelantan 3-0
di Stadium Penampang menerusi jaringan Shahrin Majid seawal minit pertama dan
dua gol Suharmin Yusof (10, 23).
Manakala JKR Kelantan berpesta
gol ke atas JKR Kedah apabila menang 5-2 di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.
Gol-gol JKR Kelantan dijaringkan
oleh Sheikh Hishamuddin Hassan (35), Adnan Musa (72), Azman Ismail (80), Zool
Ihsan Yunus (83) dan Sabaruddin Kadir (85) manakala dua gol JKR Kedah
dihasilkan Mat Zahir Wahab (36) dan Mohd. Shahril Dahlan (46).
Di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, Telekom Melaka tewas tipis 3-2 kepada Kuala Lumpur Malay Mail.
Gol-gol KL Malay Mail dijaringkan
oleh S. Sundram (20) dan R. Surendran (66, 85) manakala gol Telekom Melaka
dijaringkan oleh S. Ramesh (5) dan Hardi Jaafar (50).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4ba2tpgjG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan