ARKIB : 19/05/2001
JOHOR FC merangkul gelaran
juara pusingan pertama bola sepak Perdana Dua apabila menumpaskan Brunei 2-0 di
Stadium Pasir Gudang sekali gus meraih hadiah insentif kemenangan RM20,000,
semalam.
Johor FC kini mengumpul 28
mata, tujuh mata di depan pencabar terdekat Sabah dengan kedua-dua pasukan
masih mempunyai baki satu perlawanan sahaja lagi pada pusingan pertama ini.
Sheikh Ahmad Redzuan menyumbat
gol pertama Johor FC pada minit ke-40 manakala jaringan kedua disumbangkan oleh
Azni Ariffin pada minit ke-45.
Sabah pula dikejutkan oleh JKR
Kelantan dengan kekalahan 2-1 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu untuk
mengesahkan kemenangan di tempat kedua dan meraih RM17,500.
Sabah, yang kehilangan Burhan
Ajoi pada minit ke-16 kerana mendapat kad merah, bagaimanapun masih berupaya
mendahului pasukan tuan rumah menerusi sepakan Shahril Arsat pada minit ke-27.
JKR Kelantan bangkit pada babak
kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi Zool Ihsan Yunus pada minit ke-61
sebelum Adnan Musa menyumbat gol kemenangan minit ke-75.
Sementara itu, NS Chempaka
mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi. Keputusan itu membolehkan NS Chempaka melonjak ke tempat
keempat, memintas Brunei dengan kelebihan satu mata.
Telekom Melaka pula mencatatkan
kemenangan keempat apabila menumpaskan pasukan tangga kedua tercorot, JKR Kedah
1-0 di Alor Setar hasil jaringan Rosli Hashim pada minit ke-82.
Sementara itu, KL Malay Mail
menundukkan Polis 3-2 di Stadium KLFA, Cheras. Gol-gol KL Malay Mail dijaringkan
oleh S. Mathen minit kelapan dan Mohd. Sham Mohd Nor minit ke-53 dan 85. Polis
pula mendapat gol menerusi Mohd. Fairuz Mohd. Nor minit ke-34 dan Baharuddin
Othman minit ke-44.
Kongsi Konten di :
Smber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bbHOiB7B
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan